Semoga Terhibur

Oct 29, 2014

Pecal mangga Terengganu



Jom masak!! -Huraian Resipi


BAHAN-BAHAN

– 3 biji mangga hampir masak dikupas dan disagat halus
– 3 ekor ikan selayang/sardin dipanggang – diambil isi
– 4 biji bawang merah
– seulas bawang putih
– 1 sudu besar lada hitam
– 1/2 cawan santan pekat – perahan kelapa menggunakan air suam
– gula dan garam secukup rasa



CARA-CARA

1. Lada hitam, bawang merah, bawang putih ditumbuk. Setelah lumat masukkan isi ikan.
2. Masukkan mangga yang telah disagat ke dalam satu bekas, kemudian masukkan semua bahan tumbuk dan digaul.
3. Masukkan santan dan digaul mesra.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Sedia untuk dihidangkan.

Menu sesuai untuk terus dimakan dan tak sesuai disimpan terlalu lama kerana bersantan.

No comments:

Post a Comment